Tuesday 3 November 2009

Tabiat Kehidupan 1

Berita penahanan Dr. Mohd Asri masih lagi menjadi berita utama paparan akhbar-akhbar utama hari ini. Berbagai-bagai pihak memberi komen dan pendapat tentang peristiwa tersebut. Alasan yang diberikan oleh pihak yang berkenaan ialah kuliah yang disampaikan tanpa tauliah. Itulah sebahagian daripada tabiat kehidupan zaman moden ini. Segala-galanya memerlukan kepada kelulusan dan kebenaran dari pihak-pihak tertentu. Alasannya mudah sahaja, untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan awam. Kalaulah mengambil nyawa manusia perlukan kepada kebenaran sudah tentu malikil maut pun perlu meminta kebenaran dari pihak .....

Tanpa menafikan perlunya tauliah untuk menyampaikan pengajaran agama demi memastikan penyampainya memang benar-benar mempunyai kelayakan, sikap bertolak ansur dan mengabaikan peraturan perlu juga diterapkan dalam minda para penguatkuasa. Ini kerana peraturan dan undang-undang ciptaan manusia tidak mutlak. Mengabaikannya kadang-kadang lebih baik daripada melaksanakan. Manusia bukannya robot yang berfungsi mengikut apa yang telah diprogramkan. Rasional dan kewarasan adalah kelebihan yang tidak dikurniakan kepada makhluk selain daripada manusia. Apa yang ganjilnya manusia kadang kala bertindak seperti robot dan mengabaikan rasional.

Dalam hal menyampaikan pengajaran agama, kandungan kuliah sepatutnya menjadi fokus dan penilaian bukannya tauliah. Apa gunanya tauliah kalaulah isi kandungan kuliah terpesong jauh daripada landasan kebenaran. Perkara benar mesti disampaikan walaupun manusia membencinya. Neraca pengukurannya bukan berdasarkan kepada selera dan keinginan manusia serta pihak berkuasa. Al-Quran dan hadis serta amalan para sahabat yang mendapat didikan langsung dari kekasih Allah mesti dijadikan panduan dalam membuat penilaian benar atau salah. Apa yang sedang berlaku di zaman mutakhir ini adalah sebaliknya. Selera dan keinginan manusia adalah neraca timbangan mereka. Inilah natijah sebuah kehidupan hidup yang mementingkan kebendaan daripada reda Yang Maha Kuasa.

2 comments:

  1. harap dapat meneruskan coretan ini.nuar kenitri

    ReplyDelete
  2. inilah yg peliknya tentang Islam di Malaysia...semasa menjadi mufti Perlis kenapa tidak dipertikaikan langsung soal tauliahnya tetapi apabila beroperasi secara sendiri mula dipertikaikan...sepatutnya kita berbangga kerana ada juga orang yg berani tampil ke hadapan menegur secara terbuka salah laku yg selama ini kita amalkan dgn bukti dan dalil yg sah yakni hadis..sepatutnya tauliah diberikan kepada orang yg tak ada background agama tetapi ada pengetahuan dan ingin bercakap tentang agama...akhirnya orang Islamlah jadi mangsa..

    ReplyDelete