Tuesday, 27 October 2009

Mahrajan Lughah Arabiah

Gambar Program Mahrajan Lughah Arabiah

Bena Di Pentas Utama


Dua orang pelajar berpakaian ala wanita timur tengah


Gabungan pelajar IPGM


Pelajar IPGM sedang menyampaikan Qasidah


Sebahagian daripada hadirin yang memenuhi dewan



Pertandingan Hiwar



Sedang menyaksikan persembahan

27 Oktober 2009 - Mahrajan Lughah Arabiah Zon Utara IPGM telah diadakan di IPGM Kampus Tuanku Bainun Bukit Mertajam. Saya bersama beberapa orang rakan (guru Bahasa Arab ) telah dijemput menghakimi beberapa pertandingan yang dilaksanakan sempena mahrajan tersebut. Kelainan yang cuba ditonjolkan ialah kesemua peserta dan penuntut IPGM pada hari ini berpakaian ala orang Arab. Keadaan di sini disegi pandangan luar seolah-olah kita berada dalam masyarakat Arab. Mereka juga cuba menggunakan bahasa Arab sepenuhnya sepanjang Mahrajan ini berlangsung.

Untuk membolehkan para peserta dan pengunjung menggunakan bahasa Arab, sebuah ' Pasar Arab' diwujudkan. Segala urusan jual beli sepanjang program ini adalah dalam bahasa Arab. Apa yang mengkagumkan ialah kesungguhan para pelajar IPGM menggunakan bahasa Arab dalam pertuturan tanpa menghiraukan kesilapan tatabahasa. Diharapkan apa yang dipamerkan sepanjang program ini dapat dijadikan contoh oleh pelajar-pelajar SMKA yang turut hadir dalam program tersebut.

Antara tip yang boleh dilaksanakan untuk mempelajari bahasa Arab :

# Tip 1

Sekiranya anda tidak memulakan langkah pertama anda tidak akan sampai ke penghujung, Oleh mulakan langkah anda dari sekarang.

Sertai kelas-kelas pengajian bahasa Arab dan bacalah buku-buku asas.

Sertailah forum-forum perbincangan

Mulakan mempelajari huruf-huruf dan nombor

Tambahkan kosa kata baru walaupun sepatah setiap hari

Apabila anda telah bermula, teruskan perjalanan dan jangan berhenti.

# Tip 2

Anda sudah bermula sekarang, apa yang anda perlu lakukan seterusnya?

Anda perlu banyakkan latihan bercakap. Bayangkan untuk memahirkan diri dalam bahasa ibunda pun anda memerlukan latihan dan masa yang lama. Apatah lagi dengan bahasa kedua atau bahasa ketiga.

Cari rakan yang membolehkan anda mempraktikkan bahasa Arab dalam kehidupan seharian.
Ingat bahasa itu sesuatu yang hidup, anda perlu hidup bersamanya.

Selamat Berjaya.

No comments:

Post a Comment