Friday 23 October 2009

Kursus SP Dan HSP Bahasa Arab Ting 3 2010


Pembentangan SP


Pembentangan HSP


Peserta-peserta wanita sedang mengikuti pembentangan SP & HSP


Peserta sedang mengikuti pembentangan SP & HSP


Pembentangan SP Bahasa Arab


Sedang mengikuti pembentangan SP & HSP




Dua tenaga pengajar bahasa Arab sedang tekun menyiapkan tugasan



Sebahagian daripada peserta lelaki ( spesis yang semakin pupus )



Peserta-peserta wanita



Peserta-peserta wanita lagi



Mempengerusikan bengkel & perbincangan



Pembentangan Kanz al-Mufradat




Majlis Penutupan Kursus



Penyampaian Sijil




21 Oktober 2009 - Ketua-ketua Panitia Bahasa Arab SMKA, KAA dan SABK seluruh Pulau Pinang telah menghadiri Kursus Pendedahan SP dan HSP Bahasa Arab Tingkatan 3 untuk pelaksanaan 2010. Kursus anjuran bersama Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan IPGM Kampus Tuanku Bainun telah berlangsung selama 2 hari iaitu dari 20 hingga 21 Oktober 2009. Disebabkan kegawatan ekonomi yang melanda dunia dan negara, kursus pendedahan yang biasanya dijalankan di hotel, kali ini dilaksanakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri di Pokok Sena Kepala Batas. Walaupun begitu perjalanan kursus tetap lancar dan para peserta mengikutinya dengan penuh minat.

Kursus selama dua hari ini telah dikendalikan oleh beberapa orang Jurulatih Utama Bahasa Arab JPN Pulau Pinang yang telah mendapat pendedahan dalam kursus anjuran Bahagian Perkembangan Kurikulum di Puteri Resort Ayer Keroh Melaka pada bulan September yang lalu. Ustaz Mohd Zaki Ismail telah diamanahkan untuk membentangkan dua info iaitu Sukatan Pelajaran Bahasa Arab dan Program ‘Kanz al-Mufradat’. Huraian Sukatan Pelajaran pula telah dibentangkan oleh Ustaz Mohammad Faisal Abdullah dan Program Zad al-Imtiaz telah dibentangkan oleh Ustaz Zuhud Ulya Ibrahim.

Perjalanan kursus pada hari kedua lebih tertumpu kepada perbincangan dan bengkel untuk membina rancangan pengajaran tahunan bahasa Arab bagi tingkatan 1, 2 dan 3. Ceramah bertajuk ‘Teknik Pengajaran Berkesan’ yang dijadualkan pada pagi hari ini juga terpaksa dibatalkan kerana penceramah tidak dapat hadir. Dipenghujung kursus, Puan Salina Mokhtar yang mewakili Unit Latihan Dan Perkhidmatan IPGM Kampus Tunku Bainun mengucapkan terimakasih kepada para peserta kursus dan berharap segala maklumat dan info yang diperolehi sepanjang dua hari dapat membantu guru-guru bahasa Arab dalam kerjaya mereka.



No comments:

Post a Comment