Saturday, 24 October 2009

Prestasi Oh Prestasi

Mengisi borang penilaian prestasi pada penghujung setiap tahun adalah perkara biasa bagi pegawai-pegawai perkhidmtan awam. Khidmat mereka akan dinilai oleh pegawai atasan berdasarkan skala markah dan kriteria yang telah ditetapkan dalam borang tersebut. Ada yang tersenyum lebar setelah keputusan penilaian diterima dan ada pula sebaliknya. Sebahagian daripada mereka merasakan khidmat yang disumbangkan itu dihargai oleh pihak atasan apabila markah yang diperolehi sentiasa meningkat walaupun sekadar 0.5 markah. Sementara yang lain pula merasakan sebaliknya apabila markah yang diperolehi semakin rendah. Penilaian manusia adalah penilaian yang tidak mutlak dan sering dipengaruhi oleh hawa nafsu dan kepentingan-kepentingan tertentu walaupun mereka menafikannya. Itulah lumrah kehidupan dunia yang tidak kekal ini.

Kita kadang-kadang lupa atau sengaja buat-buat lupa, bahawa apa yang dinilai itu akan dinilai sekali lagi di Mahsyar kelak. Penilai dan orang yang dinilai akan berhadapan dengan penilaian yang tidak dipengaruhi oleh sebarang kepentingan samada besar atau kecil. Maka berhati-hatilah dalam setiap langkah dan gerak kerja yang kita laksanakan sekarang agar penilaian di Mahkamah ‘Rabul Jalil’ menyebelahi kita. Bimbinglah setiap tindakan dan perancangan dengan suluhan ilmu dan petunjuk dari Allah swt. Jauhilah dari sifat ' عجب ' kagum dengan diri sendiri agar kita mampu menghargai jasa dan sumbangan orang lain. Jauhilah diri dari sebarang perasangka buruk terhadap sesama insan dan janganlah terpedaya dengan perangkap dan tipu daya syaitan.

Ingatlah! Saat pertemuan dengan Allah swt adalah sangat dekat. Ianya tidak mengenal usia, pangkat, kedudukan dan juga tempat. Maka sentiasalah kita bersedia untuk saat dan pertemuan yang tidak berguna lagi harta benda, pangkat kebesaran dan kemegahan dunia kecuali mereka yang datang menemui Allah swt dengan hati yang sejahtera.

Friday, 23 October 2009

Kursus SP Dan HSP Bahasa Arab Ting 3 2010


Pembentangan SP


Pembentangan HSP


Peserta-peserta wanita sedang mengikuti pembentangan SP & HSP


Peserta sedang mengikuti pembentangan SP & HSP


Pembentangan SP Bahasa Arab


Sedang mengikuti pembentangan SP & HSP




Dua tenaga pengajar bahasa Arab sedang tekun menyiapkan tugasan



Sebahagian daripada peserta lelaki ( spesis yang semakin pupus )



Peserta-peserta wanita



Peserta-peserta wanita lagi



Mempengerusikan bengkel & perbincangan



Pembentangan Kanz al-Mufradat




Majlis Penutupan Kursus



Penyampaian Sijil




21 Oktober 2009 - Ketua-ketua Panitia Bahasa Arab SMKA, KAA dan SABK seluruh Pulau Pinang telah menghadiri Kursus Pendedahan SP dan HSP Bahasa Arab Tingkatan 3 untuk pelaksanaan 2010. Kursus anjuran bersama Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan IPGM Kampus Tuanku Bainun telah berlangsung selama 2 hari iaitu dari 20 hingga 21 Oktober 2009. Disebabkan kegawatan ekonomi yang melanda dunia dan negara, kursus pendedahan yang biasanya dijalankan di hotel, kali ini dilaksanakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri di Pokok Sena Kepala Batas. Walaupun begitu perjalanan kursus tetap lancar dan para peserta mengikutinya dengan penuh minat.

Kursus selama dua hari ini telah dikendalikan oleh beberapa orang Jurulatih Utama Bahasa Arab JPN Pulau Pinang yang telah mendapat pendedahan dalam kursus anjuran Bahagian Perkembangan Kurikulum di Puteri Resort Ayer Keroh Melaka pada bulan September yang lalu. Ustaz Mohd Zaki Ismail telah diamanahkan untuk membentangkan dua info iaitu Sukatan Pelajaran Bahasa Arab dan Program ‘Kanz al-Mufradat’. Huraian Sukatan Pelajaran pula telah dibentangkan oleh Ustaz Mohammad Faisal Abdullah dan Program Zad al-Imtiaz telah dibentangkan oleh Ustaz Zuhud Ulya Ibrahim.

Perjalanan kursus pada hari kedua lebih tertumpu kepada perbincangan dan bengkel untuk membina rancangan pengajaran tahunan bahasa Arab bagi tingkatan 1, 2 dan 3. Ceramah bertajuk ‘Teknik Pengajaran Berkesan’ yang dijadualkan pada pagi hari ini juga terpaksa dibatalkan kerana penceramah tidak dapat hadir. Dipenghujung kursus, Puan Salina Mokhtar yang mewakili Unit Latihan Dan Perkhidmatan IPGM Kampus Tunku Bainun mengucapkan terimakasih kepada para peserta kursus dan berharap segala maklumat dan info yang diperolehi sepanjang dua hari dapat membantu guru-guru bahasa Arab dalam kerjaya mereka.



Thursday, 22 October 2009

Program Sehari Bersama Bahasa Al-Quran 2009 SMK Permatang Tok Jaya

Gambar Situasi Perjalanan Program Sehari Bersama Bahasa Al-Quran



Murid Tahun 4, 5 dan 6 sedang melaksanakan aktiviti mereka

Perbincangan antara urusetia dengan para fasilitator



Sebahagian daripada aktiviti semasa program eksploris


Menjamu selera setelah selesai mengikuti aktiviti yang disediakan


Penyampaian hadiah dan cenderamata oleh Penolong Kanan Pentadbiran kepada sebahagian daripada pemenang dan fasilitator.

17.Oktober 2009 - Seramai 130 orang pelajar telah menyertai program Sehari Bersama Bahasa Al-Quran. Program anjuran Panitia Bahasa Arab SMK Permatang Tok Jaya berlansung dari jam 8.30 pagi sehingga 2.00 petang. Antara aktiviti yang dilaksanakan pada hari tersebut ialah pertandingan membina kad imbas dan menghafaz kosa kata bagi murid tahun 4,5 dan 6. Sementara pelajar tingkatan 1 dan 2 mengikut pertandingan Al Khasafah (explores) . Program ini telah dibantu oleh 14 orang fasilitator yang baru sahaja selesai menghadapi PMR. Semoga mereka semua memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Antara objektif program ini dilaksanakan ialah untuk meningkatkan minat para pelajar untuk mempelajari bahasa Arab dan membina semangat persaingan yang sihat untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Sobri, Ustazah Amal Hayati, Ustazah Noraini dan anak-anak pelajar yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program tersebut. Insyaallah program yang seumpama ini akan terus dilaksanakan dari semasa kesemasa.

Wednesday, 21 October 2009

Bengkel Skor A BAK PMR 2009 SMK PERMATANG TOK JAYA















Para pelajar sedang melaksanakan tugasan dengan bimbingan Ustazah Noraini











Puteri-puteri KAA 3 Agama sedang khusyuk menyiapkan kerja mereka









Enam orang putera 3 Agama juga menunjukkan kesungguhan mereka dalam bengkel ini.










Ustaz Mohd Zaki sedang menjelaskan sesuatu kepada salah seorang pelajar.










Khusyuk mendengar penerangan rakan sampai begitu sekali


10 Oktober 2009 - Panitia Bahasa Arab SMK Permatang Tok Jaya telah mengadakan Bengkel Skor A Bahasa Arab Komunikasi untuk calon-calon PMR 2009. Bengkel siri 2 ini merupakan pelengkap kepada bengkel Siri 1 yang telah dilaksanakan pada hari Sabtu 3 Oktober lepas. Bengkel ini telah dikendalikan oleh dua orang guru Bahasa Arab iaitu Ustaz Moh Zaki Ismail dan Ustazah Noraini Salleh.

Selain daripada dua bengkel ini, calon-calon PMR 2009 yang mengambil bahasa Arab juga telah mengikut siri-siri kelas peningkatan prestasi yang telah dilaksanakan pada setiap Sabtu terpilih. Mereka juga telah didedahkan dengan teknik yang tepat untuk menjawab kertas bahasa Arab dalam PMR nanti. Semoga usaha dan kesungguhan anak-anak KAA ini diganjari oleh Allah SWT dengan kejayaan yang cemerlang didunia dan akhirat.