Saturday 31 October 2009

Sikap Negatif Dan Malas Berfikir Penghalang Kejayaan Insan

Rasa mengantuk dan kurang cergas selepas makan tengah hari adalah masalah biasa yang dihadapi kebanyakan manusia. Tetapi apa yang selalu berlaku kepada pelajar-pelajar saya di kelas x adalah sesuatu yang luar biasa. Hampir dua pertiga daripada pelajar kelas tersebut akan menguap sebaik sahaja guru memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mereka akan mula meletakkan kepala di atas meja dan kalau dibiarkan akan terus lena dibuai mimpi. Fenomena ini dapat kita lihat samada pada waktu pagi ataupun tengahari dan semakin jelas apabila tidak diberi peluang untuk bersembang sesama mereka. Saya salah seorang guru yang tidak popular di kalangan mereka kerana tidak membiarkan perkara ini berlaku semasa saya mengajar .

Perkataan seperti jemu, bosan, malas, mengantuk dan tidak ada mood adalah diantara ungkapan biasa yang kita dengari daripada mereka. Perasaan tersebut sebenarnya bermula dari minda negatif yang merupakan penghalang kejayaan seseorang dalam apa jua kerjaya yang diceburi. Ianya juga akan menjadikan kita orang yang tidak sanggup menghadapi cabaran dan akhirnya ketinggalan dalam segenap bidang kehidupan.

Lahirnya sikap negatif dalam diri dan pemikiran adalah berpunca daripada sikap malas berusaha, tidak mahu berfikir, cintakan hiburan dan hidup tanpa tanggungjawab. Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang kita mestilah berusaha mengubah sikap yang terdapat dalam diri kita. Walaupun sukar untuk kita singkirkan sikap negatif secara keseluruhan tetapi kita boleh berusaha untuk menjadikan ianya semakin mengecil. Caranya dengan tingkatkan yang positif insyaallah kita dapat mengurangkan yang negatif.

Wednesday 28 October 2009

Anugerah Kecemerlangan KAA 2009


Anugerah Pengetua Cemerlang KAA


Anugerah KAA Cemerlang


Anugerah Guru Kreatif KAA


Kenangan Bersama Mantan Pengetua Pn. Hajjah Jamilah


Anak-anak KAA 2AG Permatang Tok Jaya


28 Oktober 2009 - Majlis Anugerah Kecemerlangan KAA Peringkat Negeri Pulau Pinang telah di adakan pagi ini di Dewan Kuliah Utama Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk menghargai anak-anak KAA yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam peperiksaan PMR dan SPM 2008. Dua orang bekas pelajar SMK Permatang Tok Jaya telah dipilih oleh panel penilai untuk menerima anugerah pada pagi ini. Adik Mohd Nur Adli yang memperolehi 9A dalam PMR 2008 telah terpilih sebagai salah seorang penerima anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2008 ‘. Sementara itu adik Mohd Taufik yang juga memperolehi 9A tersenarai dalam kumpulan penerima anugerah matapelajaran terbaik.

Selain daripada itu, SMK Permatang Tok Jaya juga telah terpilih untuk menerima dua anugerah lain iaitu anugerah KAA terbaik luar Bandar ( tempat kedua ) dan anugerah peningkatan dalam peperiksaan. Ustaz Mohd Zaki Ismail pula terpilih sebagai penerima anugerah ‘ Guru Kreatif KAA ‘. Mantan pengetua SMK Permatang Tok Jaya Puan Hajjah Jamilah juga terpilih sebagai Pengetua Cemerlang KAA. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga ianya menjadi perangsang untuk terus berusaha menabur bakti bagi memartabatkan KAA.


Tuesday 27 October 2009

Mahrajan Lughah Arabiah

Gambar Program Mahrajan Lughah Arabiah

Bena Di Pentas Utama


Dua orang pelajar berpakaian ala wanita timur tengah


Gabungan pelajar IPGM


Pelajar IPGM sedang menyampaikan Qasidah


Sebahagian daripada hadirin yang memenuhi dewan



Pertandingan Hiwar



Sedang menyaksikan persembahan

27 Oktober 2009 - Mahrajan Lughah Arabiah Zon Utara IPGM telah diadakan di IPGM Kampus Tuanku Bainun Bukit Mertajam. Saya bersama beberapa orang rakan (guru Bahasa Arab ) telah dijemput menghakimi beberapa pertandingan yang dilaksanakan sempena mahrajan tersebut. Kelainan yang cuba ditonjolkan ialah kesemua peserta dan penuntut IPGM pada hari ini berpakaian ala orang Arab. Keadaan di sini disegi pandangan luar seolah-olah kita berada dalam masyarakat Arab. Mereka juga cuba menggunakan bahasa Arab sepenuhnya sepanjang Mahrajan ini berlangsung.

Untuk membolehkan para peserta dan pengunjung menggunakan bahasa Arab, sebuah ' Pasar Arab' diwujudkan. Segala urusan jual beli sepanjang program ini adalah dalam bahasa Arab. Apa yang mengkagumkan ialah kesungguhan para pelajar IPGM menggunakan bahasa Arab dalam pertuturan tanpa menghiraukan kesilapan tatabahasa. Diharapkan apa yang dipamerkan sepanjang program ini dapat dijadikan contoh oleh pelajar-pelajar SMKA yang turut hadir dalam program tersebut.

Antara tip yang boleh dilaksanakan untuk mempelajari bahasa Arab :

# Tip 1

Sekiranya anda tidak memulakan langkah pertama anda tidak akan sampai ke penghujung, Oleh mulakan langkah anda dari sekarang.

Sertai kelas-kelas pengajian bahasa Arab dan bacalah buku-buku asas.

Sertailah forum-forum perbincangan

Mulakan mempelajari huruf-huruf dan nombor

Tambahkan kosa kata baru walaupun sepatah setiap hari

Apabila anda telah bermula, teruskan perjalanan dan jangan berhenti.

# Tip 2

Anda sudah bermula sekarang, apa yang anda perlu lakukan seterusnya?

Anda perlu banyakkan latihan bercakap. Bayangkan untuk memahirkan diri dalam bahasa ibunda pun anda memerlukan latihan dan masa yang lama. Apatah lagi dengan bahasa kedua atau bahasa ketiga.

Cari rakan yang membolehkan anda mempraktikkan bahasa Arab dalam kehidupan seharian.
Ingat bahasa itu sesuatu yang hidup, anda perlu hidup bersamanya.

Selamat Berjaya.